CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 24 Jun 2016

TUGASAN SEJARAH PT3 2016

PERANCANGAN

1.      TAJUK
a.       Tuliskan nama bangunan/ binaan yang kita kaji contoh  ( Masjid Jamek Kg Baru Bt 28 Lenga , Muar , Johor )

2.      JADUAL KERJA

Bil
Tarikh
Aktiviti
Catatan
1
 masukkan tarikh kat sini
Menerima taklimat daripada guru mata pelajaran Sejarah berkaitan dengan tajuk tugasan dan huraian berkaitan dengannya di sekolah.

2

Membuat perbincangan dengan guru/ rakan sekelas berkaitan dengan pemilihan tajuk . Cuba mengenalpasti bangunan / binaan yang sesuai untuk djadikan bahan kajian

3

Membuat rujukan awal berkaitan dengan tajuk yang diberi di internet / website tertentu

4

Mengenalpasti cara penulisan tugasan dengan lebih lanjut

5

Menentukan tajuk tugasan yang ingin dilakukan

6

Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan menerusi lawatan peribadi ke bangunan / binaan yang ingin dikaji

7

Mengenalpasti maklumat yang diperlukan bagi memudahkan kerja penulisan tugasan

8

Menemuramah orang sumber berkaitan dengan tajuk kajian mengikut kehendak soalan kajian

9

Mengumpul bahan rujukan untuk persiapan menulis tugasan

10

Memulakan penulisan dan kerangka kerja
Di sekolah

11

Menulis tugasan yang diberi mengikut format atau kehendak tugasan tersebut di dalam kelas mengikut tarikh yang diberi oleh guru

12

Menyemak tugasan

13

Menghantar tugasan


3.      OBJEKTIF KAJIAN ( mesti ada 3 objektif )

a.       Mengkaji sejarah penubuhan bangunan
b.      Mengkaji kegunaan bangunan kepada masyarakat
c.       Mengetahui cara pelaksanaan kajian lapangan dijalankan dengan lebih mendalam

4.      KAEDAH KAJIAN ( sekurang-kurangnya 2 kaedah )

a.       Kaedah lawatan ke tapak bangunan . binaan ( yang ini wajib )- huraikan bila pergi/ masa / tarikh/ ambik gambar di bangunan tersebut

b.      Temubual dengan orang sumber 
Tuliskan nama/ tanda tangan atau no kad pengenalan orang sumber sebagai rujukan 
c.       Internet ( cari tajuk kajian – masukkan bahan kat sini/ dgn http sekali sebagai rujukan
d.      Majalah/ akhbar ( kalau ada )
e.       Ensaiklopedia ( kalau ada )
f.       Makalah ( kalau ada )

PROSES AWAL

1.      MENYATAKAN SUMBER YANG PELBAGAI

a.       Tuliskan bahan rujukan yang digunakan ( sekurang-kurangnya dua )

b.      Contoh temuramah ( huraikan nama/ umur/ soalan yang ditanyakan dan maklumat yang diberi/ macam kita buat karangan dialog tu )

c.       Contoh internet ( huraikan nama laman web dan catatan isi penting daripada laman web tersebut/ saya tak pasti facebook diterima atau tidak sebagai rujukan )/ lagi bagus jika kita dapat print bahan tersebut direct dari komputer -

KERANGKA KASAR

( Buat ini dulu bagi memudahkan kita menulis esei kemudiannya )

Penghargaan

·         Tuliskan penghargaan kepada guru( nama ) kerana membimbing/ nama orang sumber ( kerana membantu dalam proses melaksanakan tugasan ) dan rakan ( nama )kerana bekerjasama dalam melaksanakan tugasan

Isi kandungan
·         Masukkan isi kandungan keseluruhan tugasan ( bil / tajuk / muka surat )

Objektif kajian
·         Masukkan objektif ( 3 )

Kaedah kajian

·         Kaedah yang saya gunakan ialah
·         Internet ( masukkan http nya )
·         Orang sumber ( masukkan maklumat / nama / umur/ alamat/ ic )
·         Kaedah lawatan ke tapak binaan ( bila /tarikh/ masa )


Hasil kajian ( tulis ringkas sahaja / dalam bentuk point pun boleh )

o   Pengenalan ( huraikan latar belakang bangunan/ binaan yang dipilih / lokasi/ tahun pembinaan/ cara binaan/ kos binaan – sumber dari mana / mungkin orang sumber lebih senang )

o   Struktur bangunan/ binaan ( rekabentuk bangunan / keluasan / tinggi/ bentuk apa/ ada apa ruangan di dalamnya/ dibuat drp apa/ bertingkat /tidak/ bahan binaan/pihak yang membina- boleh ambik gambar untuk lebih jelas )

o   Sebab bangunan dibina ( tuliskan 4 sebab binaan dilakukan – kalau masjid – bilangan penduduk bertambah ramai ada keperluan untuk melaksanakan sembahyang jumaat/ tiada kemudahan / surau lama terlalu uzur/ ada tapak yang disediakan )

o   ( Kalau balai raya – bilangan penduduk semakin bertambah/ keperluan bermesyuarat/ aktiviti kampong/ ceramah )

o   Fungsi dan keadaan ( senaraikan 2 fungsi bangunan itu / aktiviti yang  dibuat disitu/ sembahyang berjemaah/ceramah agama/ belajar quran/ fardu ain/ jamuan hari raya dan keadaan pada masa dahulu )

o   Fungsi dan keadaan pada masa kini (  2 fungsi dan keadaan sekarang/ penambahan/ proses mencantikkan/ hiasan/ aircond/ ruangan tambahan )

o   Langkah untuk memelihara dan memulihara bangunan ( tuliskan 3 isi – menjaga kebersihan setiap masa/ mengelakkan kebocoran/ menjaga system perparitan/ mengecat semula/- huraikan sikit –sikit )

o   Rumusan
§  ( pengetahuan- dengan mengkaji bangunan ini saya mengetahui bahawa bangunan ini dibina pada tahun ........... dan berfungsi sebagai ..................../
§  Nilai/ unsure patriotisme – saya sedar bahawa nilai ..... perlu ada pada kita supaya bangunan ini dapat dipelihara dan ........
§  Harapan( saya berharap agar bangunan ini dapat dijaga dan dikekalkan supaya ....... )



TUGASAN PT3 SEJARAH 2016

TUGASAN PT 3 SEJARAH 2016

PENDAPAT AWAL SAYA ( APA YANG SAYA FAHAM )

1.      Tajuk yang diberi pada tahun ini berkaitan dengan bangunan atau binaan
2.      Terdapat beberapa panduan yang diberikan kepada setiap calon. Antaranya ialah
a.       Bangunan yang disarankan seperti
                                                              i.      Bangunan sekolah ( kaji sekolah lain/ bukan sekolah sendiri )
                                                            ii.      Rumah panjang ( bagi pelajar Sarawak kawasan tertentu agak mudah tetapi kebanyakan pelajar berada di asrama pada masa ini )
                                                          iii.      Rumah ibadat (Surau/ masjid / tokong/ kuil/ gereja– agak mudah rasanya sebab ada jawatankuasa masjid untuk ditanyakan / boleh rujuk terus dengan carta organisasi mereka )
                                                          iv.      Dewan / balai rakyat/
                                                            v.      Hospital ( agak mudah juga Cuma pergilah secara berkumpulan agar anda akan dilayan sekali sebab kesibukan pengarah hospital tersebut )

b.      Binaan seperi ( agak susah untuk mendapatkan bantuan/ penerangan berkaitan dengan perkara ini/ selalunya terpaksa merujuk kepada majlis daerah atau pegawai dari JKR )
                                                              i.      Jambatan
                                                            ii.      Mercu tanda
                                                          iii.      Tugu
                                                          iv.      Pintu gerbang

3.      Perkara yang dipermudahkan kepada pelajar
a.       Bangunan tersebut tidak diberikan criteria mesti berapa tahun berapa tahun – agak memudahkan
b.      Bangunan / binaan berada di dalam daerah anda /
c.       Pelajar yang berada di asrama dibolehkan membuat kajian bangunan/ binaan di sekitar sekolah mereka

4.      Nasihat saya /Apa  nak buat
a.       Pilih bangunan yang sesuai ( jarak/ masa/ mudah )
b.      Senang dapat bahan rujukan / orang sumber/ internet/ buku/ majalah / popular
c.       Buat lawatan ke sana
d.      Semasa di sana- ambik gambar di bangunan tu/ tengok kalau ada tampalan perasmian/ kalau ada orang sumber spt pengerusi masjid/ pengurus bangunan dll jumpa dia dapatkan makumat berkaitan dengan bangunan tu / ambik catatan untuk buat balik semula temuramah / karangan dialog
e.       Bincang dgn cikgu boleh tak
f.       Mula menulis kerangka kasar dengan bimbingan guru
g.      Menulis tugasan di sekolah ( 8 masa – jaga kehadiran )

h.      Menyiapkan tugasan/ menghantar tugasan