CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 13 Januari 2017

BM SPM K1 F

SOALAN RAMALAN 6

 (KBAT)

Anda akan menyertai pertandingan pidato. Tajuk pidato tersebut ialah “Keluarga
Bahagia Negara Berjaya”.

Tulis teks pidato tersebut selengkapnya.

[100 markah]

PENDAHULUAN

Kata alu-aluan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim, guru-
guru, rakan seperjuangan, dan penonton di dewan – mengucapkan
terima kasih kerana diberikan peluang untuk menyampaikan pidato –
menyampaikan pidato yang bertajuk “Keluarga Bahagia Negara
Berjaya”

ISI PENTING

1. Keluarga – unit kecil yang membentuk masyarakat – semua
manusia berharap dapat membentuk kebahagiaan selepas berkahwin
dan berkeluarga – menjamin kerukunan – semangat kerukunan
tersebut dapat diamalkan dalam negara – sentiasa mengekalkan
kerukunan negara demi memastikan kemajuan negara – bebas
daripada gejala negatif

2. Keluarga – kekal bahagia sampai bila-bila – anak-anak berasa
disayangi oleh ibu bapa – tidak akan menghampakan harapan ibu bapa
– belajar dengan bersungguh-sungguh – mencapai kejayaan diri,
keluarga, dan negara – berjasa kepada negara – memodenkan dan
memajukan negara dengan acuan tersendiri – berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan negara maju yang lain

3. Setiap anggota keluarga – bersikap toleransi dan hormat-
menghormati – yang tua menghormati yang muda dan sebaliknya –
penghormatan itu dikekalkan apabila anak menghadap pasaran kerja –
menghormati pemimpin – bekerjasama dengan pemimpin negara –
menyokong dasar pembangunan kerajaan – memajukan bangsa dan
negara demi berdiri di pentas kejayaan

4. ibu bapa dan anak-anak harus berpendidikan – dengan didikan yang
baik kita dapat berkhidmat kepada masyarakat – melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang tinggi – membina kerjaya yang kukuh –
membangunkan negara melalui pelbagai usaha – membuat kerja
dengan dedikasi – mencurahkan bakti dan jasa kepada negara yang
tercinta – membangunkan negara ke arah kejayaan

PENUTUP

Keluarga ialah tunjung kejayaan negara – impak yang besar kepada
negara tercinta – memastikan keharmonian dan kemakmuran
dinikmati bersama – melakar sejarah yang tersendiri demi kecintaan
terhadap negara – lahir daripada rasa sayang akan keluarga – sesebuah
keluarga yang bahagia dapat menjamin kejayaan sesebuah negara


Tiada ulasan:

Catat Ulasan